About Us

Masha Cat

Bermula dengan buka petshop Masha cat Shop pada Mac 2018-2019. Ketika ini sedang berusaha buat konten dan cari follower. Mula belajar dgn sifu najib, membuat servis grooming, boarding dan rawatan alternative, enjual makanan dan barangan haiwan seperti petshop yang lain.

Pada tahun 2019/2020 masha cat mula berminat untuk membuat makanan sendiri. Pada Oktober 2020 masha cat mula memasarkan produk makanan masha cat premium. Makanan kucing Masha Cat premium mendapatkan sambutan di seluruh Malaysia. Kemudian Masha cat mula mengeluarkan produk lain seperti Spray Super Yen, Vitayen Supplement Dan Minyak kelapa dara VCO. Alhamdulillah produk Masha Cat terus mendapat sambutan yang menggalakkan

Tercetus Inspirasi Pengasas. Dari kecil lagi merupakan seorang pecinta haiwan yang tegar. Membantu kucing jalanan & anjing dengan memberi makan dan rawat kucing sakit. Membela kucing jalanan sehingga lebih 50 ekor. Dari beliau muda sehinggalah sekarang sifat cinta dan kasih sayangnya terhadap kucing terbiar tidak pernah luntur walaupon berbagai dugaan yang beliau hadapi. Berhasrat untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang Masha Cat minat mendorong beliau untuk membantu lebih banyak lagi kucing-kucing dan mahluk Allah yang lain di luar sana. Disebabkan itu lah tertubuhnya kedai kucing Masha Cat ini pada tahun 2018 yang beralamat di No44, Jln Pendidikan 3, Taman Universiti, 81300, Skudai, Johor (Masha Cat HQ SDN BHD) pada 2022 telah berpindah beralamat No 33, Jalan Pendidikan 3, Taman Universiti, 81300, Skudai, Johor

Visi: Menjadi pengasas makanan kucing buatan bumiputra yang berpengalaman serta diterima di seluruh Negara.

Misi: Ingin menjadi salah satu pengeluar Makanan Kucing Buatan Bumiputra yang terbaik dan terbesar dalam Malaysia & Asia dengan selalu mengutamakan kepuasan pelanggan.

Objektif: Ingin meluaskan pasaran produk Masha Cat di seluruh di Malaysia & Asia. Kedua, ingin membantu owner-owner kucing mendapatkan makanan premium yang terbaik dan membantu dalam penjagaan serta kesihatan kucing melalui produk Masha Cat. Ketiga, membantu Stokis dan Ejen untuk menjana pendapatan bersama-sama Masha Cat.

Carta Organisasi Masha Cat 2022/2023


Masha Cat
Pengasas

Sufian Noordin
Penasihat Akaun

Khairin Shafi
Admin

Khairin Shamir
Editor & Designer

Imran Suhaimi
Staff

Kamil Khatamie
Staff

Suzieyana
Staff

Man
Staff